Everyone wants happiness, no one wants pain. but u can't have a rainbow without any rain :)

Sunday, January 2, 2011

Cinderella

12.15am - Housemate sedap tidur dengan lena, aku berjaga untuk mencuci bilik air. Cinderella sgt kan ? Hahah. Padan la muka, siapa suruh buang pasir dlm lubang bilik air. Berani buat, berani tanggung .

Wahhh ! At last, dpt juga bersih kan lubang tu dari pasir samak aku dulu tuh , sedap sedap je duduk dalam tu 3 hari ! Terpaksa mandi dalam toilet dan menagih simpati mandi rumah orang .

Berikut adalah usaha - usaha yang telah dilakukan :

Cubaan pertama (30 Disember 2010) :

i) Menjirus air panas ke dalam lubang - Gagal
ii) Menggunakan "toilet pump" untuk menjalankan air - Gagal

Cubaan kedua (31 Disember 2010) :

Mengorbankan senduk nasi Mak yang aku bawa dari rumah , diikatkan bersama hujung batang penyapu kemudian berusaha mengeluar kan pasir dari lubang yang dalam tersebut namun hanya sedikit sahaja yang dapat dikeluarkan, malah batang penyapu aku pula rosak ! Kesian nyer :(

Cubaan ketiga (1 Januari 2011) :

Membeli "clog remover" di Cosway Alamanda Putrajaya berharga RM 8.50 + parking ticket RM 2 - Tidak berapa berkesan kerana ia nya adalah tanah .


Cubaan keempat (1 Januari 2011) :

Idea yang bernas tiba-tiba datang selepas penat mentelaah Computer Organization , ialah memasukkan tangan ke dalam lubang tersebut ! Ohhmg ! Seriously first time ! Tapi aku tak sekotor itu , euwwhhh ! Terpaksa juga, dengan mengambil plastik dan ikat di tangan, nasib baik sampai siku, muat la masuk dalam lubang tu betul-betul paras siku . omma oppa ! :/ wekkkkkkkk! nasib baik tak busuk . What The !

Namun akhirnya ! BERJAYA !!! Hooorayyyyyyyy ! Walaupun menggelikan, menjijikkan dan bukan semua orang yang sanggup, tetapi ia sangat berkesan ! Walllahh ! *Biarlah berkorban asalkan aku suci daripada kau , khinzir*

Boleh dikatakan aku gelak sorang sorang dalam bilik air setiap kali aku dapat keluarkan pasir, mcm dapat emas ! HAHAHAHAHAHAH ! Bersyukur sgt dpt settle kan , kalau dari dulu aku buat mcm tu je kan , senang :) But it's okay , usaha tangga kejayaan ! :D

Ahhhh ! binatang tu memang menyusahkan , sumpah ! AKU BENCI KAU .
Pagi-pagi esok mesti orang dalam rumah ni terkejut beruk tgk bilik air berkilat !
Pastikan mandi sepuas puas-puas nya, bagaikan sebulan tak mandi ! Haha



Hasil pendapatan , kais pagi makan pagi, kais petang makan petang .
Bak kata hamim , tak kais tak makan . *tiba tiba*

Pheww ! 30 Disember 2010 - 2 Januari 2011 . Satu tahun baru dapat selesaikan masalah ni . bhahaha. Btw, Happy New Year ! ;)
Pengajaran : Berhati hati ketika membeli barang , sentiasa lihat label . haha
Burbye !

1 comment:

  1. Hi citer awak kelakar la sampai saya tergelak dgn husband anyway tahniah kerana tanpa usaha kita takkan dapat kejayaan kan. Bubye

    ReplyDelete